Ekstrak Lily Madonna Mampu Tingkatkan Kejelitaan Semulajadi Untuk Semua Jenis Kulit Read more: http://www.wom.my/ada-apa/review/ekstrak-lily-madonna-mon-cheri/#ixzz3fdV2qyxP Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

Mon Chéri merupakan produk penjagaan kulit terbaru yang diformulasi dari Perancis, kini telah melancarkan koleksi terbaru iaitu – Le Fleur de Lis (Koleksi Lily) yang dirumus khas untuk menyerlahkan lagi keayuan semula jadi wanita.
Menurut Caroline Oi, CEO Mon Chéri Essentials, bahan utama yang digunakan di dalam Le Fleur de Lis adalah bunga lily putih yang mempunyai ciri-ciri kelembapan dan mengembalikan penghidratan, melembutkan dan melicinkan kulit. “Ekstrak Lily Madonna yang digunakan dalam semua produk Le Fleur de Lis mempunyai kelebihan menghidrat dan melembapkan meningkatkan kejelitaan semulajadi untuk semua jenis kulit,” jelasnya.
Produk Le Fleur de Lis yang kaya dengan nutrien juga, tidak mengandungi sebarang unsur Paraben, minyak mineral, SLS (Sodium Lauryl Sulfate), Lanolin dan pewangi. Ia dirumus khas untuk empat jenis kulit yang berbeza iaitu kulit biasa kepada kombinasi kulit berminyak, kulit kering dan sensitif, serta kulit berkedut yang mengalami kesan sinaran matahari. Setiap daripada jenisnya terdiri daripada Pembersih Lembut, Penyegar dan juga Pelembab.

“Bersihkan, tonakan dan lembabkan, itulah tiga langkah asas dalam penjagaan kulit untuk memastikan kulit kelihatan berseri dan sihat,” jelas Caroline ketika pelancaran di Cantaloupe @ The Troika.Ianya diperkaya dengan ekstrak botani, serum pengawalan minyak dan surfaktan, Pembersih Lembut bertindak untuk menanggalkan kotoran, minyak dan bendasing secara efektif, sambil membantu meningkatkan keayuan, tekstur dan juga keanjalan kulit. Pembersih Lembut 180ml dijual pada harga RM80.00.